PMK Sabah rapatkan jurang kerajaan, rakyat – KP JKOM

KOTA KINABALU – Program MADANI Kita (PMK) yang diadakan di Parlimen Sepanggar, khususnya Kampung Warisan Inanam, menjadi platform untuk merapatkan jurang antara kerajaan dengan masyarakat setempat.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, pemilihan kawasan berkenaan turut mengambil kira komposisi komuniti bandar dan luar bandar.

“Kita memilih Kg Warisan kerana masyarakat setempat juga banyak memberikan pandangan dan maklum balas membina kepada kerajaan.

“Impak besar yang dapat dilihat daripada program ini ialah penglibatan masyarakat serta agensi kerajaan yang turun padang untuk menerangkan kejayaan dan inisiatif kerajaan persekutan dan negeri,” katanya kepada media pada Program MADANI Kita Darau@Sepanggar, pada Sabtu.

Program itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Setiausaha Persekutan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) JKOM, Suwadi Guliling.

Menurut Hisyamuddin, sambutan yang di terima amat menggalakkan kerana setakat pukul 11 pagi, lebih 1,300 pengunjung hadir sekali gus melebihi sasaran 1,000 orang.

“Kita jangka sehingga petang ini, kita boleh mencecah sehingga lebih 2,000 orang.

“Pendaftaran e-kasih bagi warganegara B40 juga antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan,” ujarnya.

Sementara itu, Mustapha yang juga Ali Parlimen Sepanggar berkata, program seumpama itu penting bagi memastikan masyarakat sekitar mendapat maklumat yang tepat melalui saluran rasmi kerajaan.

“Program ini memberikan khidmat kepada pengunjung di kawasan Parlimen Sepanggar, khususnya berkaitan insentif yang disediakan Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri Sabah.

“Selain itu, masyarakat juga tidak akan bergantung kepada maklumat yang berlegar di media sosial,” jelasnya.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala