Dedah kronologi, status tanah kuil Bukit Lagi – AMANAH Kangar

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis digesa tampil menjelaskan secara telus kronologi penuh termasuk status sebenar tanah, notis yang pernah dikeluarkan serta usaha rundingan berhubung Kuil Veerama Kaliamman di Bukit Lagi di sini.

Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Kangar, Ya’akub Abu Seman berkata, penjelasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan dan memastikan isu berkenaan tidak terus berkembang menjadi pertikaian agama.

“Pada masa sama, kami menyeru Kerajaan Negeri Perlis supaya menjelaskan secara telus kronologi kes, status sebenar tanah, notis yang telah dikeluarkan dan usaha rundingan yang pernah dilaksanakan.

“Jika terdapat keperluan masyarakat beragama Hindu untuk sebuah rumah ibadat, penyelesaian yang sah, berperikemanusiaan dan dipersetujui semua pihak hendaklah diusahakan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, isu berkenaan perlu dinilai berdasarkan status pemilikan tanah, kelulusan pembinaan serta pematuhan terhadap undang-undang dan bukannya digambarkan sebagai tindakan menindas agama Hindu atau menyekat kebebasan beribadat.

Katanya, Seksyen 425 Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa pendudukan atau pembinaan bangunan di atas tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan tanpa kebenaran sah merupakan suatu kesalahan.

Beliau berkata, peruntukan tersebut terpakai kepada semua pihak tanpa mengira agama, kaum atau tujuan sesuatu binaan didirikan.

Dalam pada itu, AMANAH Kangar turut kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang mengutuk tindakan terhadap kuil berkenaan tanpa memberikan gambaran menyeluruh mengenai status tanah dan asas perundangan berkaitan.

Ya’akub berkata, Rayer sebagai seorang Ahli Parlimen dan pengamal undang-undang seharusnya mendapatkan penjelasan lengkap daripada pihak berkuasa negeri serta pentadbir tanah sebelum mengeluarkan kenyataan terbuka.

Katanya, perbandingan pentadbiran Perlis dengan Pulau Pinang atau Selangor tanpa meneliti fakta dan kedudukan undang-undang hanya boleh mengeruhkan keadaan serta mencetuskan salah faham dalam masyarakat.

“Janganlah isu pentadbiran tanah ditukar menjadi pertikaian agama demi meraih perhatian politik. Semua pemimpin wajib bercakap berdasarkan fakta, menghormati bidang kuasa pihak berkuasa dan memelihara keharmonian rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Rayer dilaporkan mengkritik tindakan perobohan Kuil Veerama Kaliamman di Bukit Lagi dan membangkitkan isu kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan selain membandingkan pendekatan pentadbiran Perlis dengan beberapa negeri di bawah Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan itu turut mendapat reaksi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis yang masing-masing menegaskan soal kedaulatan undang-undang perlu dihormati dan isu berkenaan tidak seharusnya dipolitikkan sehingga mencetuskan ketegangan kaum atau agama.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik