Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

KANGAR – Kurang satu peratus banduan yang menjalani program pemulihan dalam komuniti di Perlis kembali melakukan kesalahan, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan itu dalam membantu mereka kembali kepada masyarakat.

Pengarah Penjara Negeri Perlis, Penolong Kanan Komisioner Penjara Ab Nasiff Sarahan berkata, program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) memberi peluang kepada banduan menjalani proses pemulihan dalam komuniti termasuk bekerja dan memperoleh pendapatan sebelum dibebaskan sepenuhnya.

“Program pemulihan komuniti yang kita buat seperti ini, dari segi pengulangan semula jenayah itu agak kecil, iaitu di bawah satu peratus.

“Keberkesanan program pemulihan dalam komuniti ini lebih tinggi berbanding pemulihan dalam fasiliti,” katanya ketika ditemui sempena lawatan ke pusat cuci kereta Aza Carwash di sini hari ini.

Menurut Ab Nasiff, kira-kira 100 Orang Bebas Berlesen (OBB) sedang menjalani pemulihan dalam komuniti di seluruh Perlis ketika ini dengan mereka bekerja dalam pelbagai sektor.

Katanya, ada dalam kalangan mereka yang terus bekerja dengan majikan sama selepas tamat menjalani PBSL termasuk seorang bekas peserta yang kekal bekerja di Aza Carwash sejak empat tahun lalu.

“Sehingga hari ini, di negeri Perlis kita ada 13 majikan yang bekerjasama dengan kita, yang sudi mengambil OBB ataupun banduan parol kita.

“Daripada 13 ini, yang banyak adalah dalam sektor perkhidmatan, sama ada car detailing dan juga pembersihan kawasan. Yang lain ada juga dalam bidang pertanian dan kilang-kilang,” katanya.

Beliau berkata, peluang pekerjaan ketika menjalani PBSL turut membolehkan mereka memperoleh pendapatan sendiri sebagai persediaan untuk memulakan kehidupan selepas dibebaskan.

“Apabila prospek ini menjalani PBSL dan bekerja, dia ada pendapatan sendiri.

“Apabila dibebaskan kelak, dia mempunyai duit sendiri untuk memulakan kehidupan,” katanya.

Ab Nasiff berkata, sejak PBSL diperkenalkan pada 2017, kira-kira 2,000 individu sudah menjalani program berkenaan di Perlis.

Katanya, penerimaan masyarakat terhadap program itu juga cukup baik termasuk kesediaan majikan memberikan kepercayaan kepada peserta untuk melakukan pekerjaan yang memerlukan tahap tanggungjawab tinggi.

“Kalau tengok pusat cuci kereta ini, kenderaan mahal-mahal semua ini hendak diberikan kepada mereka, ia adalah sesuatu yang memerlukan kepercayaan juga.

“Program pemulihan banduan ini bukan kerja Jabatan Penjara sendirian, ia adalah kerja kita semua. Kerjasama Aza Carwash ini adalah bukti sokongan masyarakat dan majikan kepada program pemulihan jabatan,” katanya.

Foto: Kosmo!

Related Posts

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Rusdah Jantan di mana kediamannya di Kampung Bukit Genting, dekat sini, ditimpa musibah kebakaran pada April lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik