Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor merancang membangunkan indeks kehidupan bermaruah bagi mengukur tahap kehidupan rakyat serta menilai keberkesanan bantuan dan sokongan yang disalurkan kepada isi rumah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, indeks berkenaan merupakan pendekatan baharu kerajaan negeri dalam menilai pencapaian ekonomi berdasarkan realiti kehidupan rakyat, bukan sekadar berpandukan pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurutnya, kerajaan negeri mahu mengenal pasti tahap pendapatan yang munasabah bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan yang wajar, khususnya di kawasan bandar di Selangor.

“Kita merupakan penggerak utama ekonomi, pencapaian KDNK yang baik dan kadar pengangguran rendah.

“Tetapi kita mencabar diri bukan hanya melihat kepada taraf ekonomi, sebaliknya cuba mewujudkan indeks wajar atau ekonomi bermaruah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Rancangan Selangor Kedua (RS-2) di sini, hari ini.

Pada 7 Ogos lalu, Amirudin membentangkan RS-2 2026-2030 yang mengandungi 98 inisiatif menerusi enam misi dan 25 bidang keutamaan sebagai pelan pembangunan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pelaksanaan RS-2 disasarkan menjadikan Selangor negeri pertama di Malaysia mencapai nilai ekonomi RM500 bilion.

Amirudin berkata, data dan kajian berkaitan pendapatan wajar sudah tersedia dan akan menjadi asas kepada kerajaan negeri untuk menyusun semula bentuk sokongan serta bantuan berdasarkan keperluan rakyat.

Katanya, pendekatan itu penting kerana setiap kawasan di Selangor mempunyai keadaan, permintaan dan cabaran kehidupan yang berbeza.

“Data itu atau kajiannya juga telah ada dan di situ nanti kita akan agihkan semula sokongan dan bantuan kita.

“Negeri kita rencam, permintaannya tinggi dan ada cabaran tersendiri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata RS-2 turut akan melalui proses semakan selepas tempoh dua tahun bagi mengambil kira perubahan struktur, program serta projek baharu yang mungkin diperlukan.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mengambil iktibar daripada pelaksanaan rancangan terdahulu dengan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu mempercepatkan kerangka pemantauan, pelaksanaan projek di peringkat akar umbi serta pembiayaan.

“Sebelum ini ia tidak ada dalam perancangan pertama dan sekarang kita sedang berunding dengan beberapa institusi kewangan supaya menjadi pemudah cara untuk pembiayaan projek yang akan dilakukan,” katanya.

Related Posts

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

ISU perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi, Kangar  perlu diurus dengan berhemah dan bertanggungjawab tanpa mengabaikan prinsip undang-undang, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad. Beliau menyeru semua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

KANGAR – Mufti Perlis mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen supaya tidak membakar sentimen perkauman atau ketegangan agama berhubung isu perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi di sini. Datuk Dr Mohd Asri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan

Roboh kuil bukan penyelesaian, kerajaan Perlis patut pilih jalan berhemah – Rayer

Roboh kuil bukan penyelesaian, kerajaan Perlis patut pilih jalan berhemah – Rayer

Kerjasama Pas-UMNO hanya untuk jatuhkan Anwar, guna alasan penyatuan Melayu – Ahmad Shahir

Kerjasama Pas-UMNO hanya untuk jatuhkan Anwar, guna alasan penyatuan Melayu – Ahmad Shahir

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027