Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

SRI AMAN – Seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Rumah Beredai, Jalan Paip, Spatak Undop telah ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung pada pagi ini.

Mangsa, Chee Kim Chin yang mempunyai masalah penyakit darah tinggi serta kurang pendengaran dijumpai sekitar jam 8 pagi pada jarak 500 meter dari rumahnya dalam keadaan sedar namun agak lemah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, Mohamad Fadhli Buyong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada jam 9.06 malam tadi.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, anak mangsa menyedari bapanya tiada di rumah sekitar jam 6.30 pagi semalam semasa mahu menjemputnya.

“Pencarian awal yang dilakukan di sekitar kawasan kediaman serta pertanyaan kepada jiran tetangga gagal menemui sebarang petunjuk sebelum laporan polis dibuat pada sebelah petang,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysia Press (TMP).

Mohamad Fadhli menjelaskan, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya dimaklumkan bahawa mangsa telah berjaya ditemui oleh penduduk kampung.

“Pasukan penyelamat bertindak membawa keluar mangsa dari kawasan berkenaan menggunakan pengusung.

“Mangsa yang selamat dibawa ke Pos Kawalan Bomba kemudiannya dihantar ke Hospital Sri Aman II menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan,” ujarnya.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut ditamatkan secara rasmi oleh pihak polis pada jam 9 pagi.

Related Posts

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bersama Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak mengambil inisiatif proaktif menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 dengan mengedarkan Kit 1 Rumah 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak intai peluang buka laluan penerbangan terus ke Pulau Jeju

KUCHING – Sarawak menyasarkan peluasan jaringan penerbangan antarabangsa ke destinasi utama di Asia menerusi syarikat penerbangan miliknya, AirBorneo bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi serantau. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

KLIA lokasi perintis, 17 langkah perkukuh keselamatan pintu masuk negara diluluskan

KLIA lokasi perintis, 17 langkah perkukuh keselamatan pintu masuk negara diluluskan

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS