Sarawak ketengah pesona ‘Soul of Borneo’ ke persada antarabangsa

KUCHING – Sarawak komited mengetengahkan keunikan budaya, tradisi dan gaya hidup rakyatnya sebagai ‘Soul of Borneo’ ke persada dunia menerusi pemerkasaan sektor pelancongan mampan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keakraban hubungan antara rakyat dan alam semula jadi telah membentuk satu identiti yang cukup unik bagi negeri ini.

Menurut beliau, budaya masyarakat tempatan menterjemahkan keharmonian hubungan yang teguh antara kelangsungan hidup manusia dan kelestarian persekitaran semula jadi mereka.

“Bertitik tolak daripada hubungan inilah kita dapat hidup rukun damai dengan pelbagai kaum dan etnik ibarat sebuah keluarga yang besar.

“Kita bukan sahaja hidup secara harmoni sesama manusia, malah kita juga hidup sejahtera bersama alam semula jadi,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Gala ‘Soul of Borneo’ pada Rabu.

Mengulas lanjut, Abang Johari menjelaskan bahawa kekayaan warisan alam sekitar dan budaya Sarawak turut mendapat perakuan antarabangsa menerusi empat pengiktirafan berprestij Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengiktirafan bernilai tinggi tersebut merangkumi Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah, Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif Gastronomi dan Sarawak Delta Geopark.

Beliau menyifatkan kesemua pengiktirafan itu berjaya mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama yang menawarkan daya tarikan berteraskan khazanah alam semula jadi, kepelbagaian budaya, sejarah dan gastronomi.

Tambah beliau, bagi memelihara kelestarian khazanah tersebut untuk jangka masa panjang, kerajaan Sarawak kini giat menumpukan usaha terhadap inisiatif tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi pengoperasian tenaga hidro, janaan tenaga solar dan sumber biojisim.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak, Datuk Dennis Ngau.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar