Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

PEMAIN muda skuad Malayan Tigress Bawah 17 tahun (B-17), Lim You jelas bersyukur kerana latihan yang diberikan ayahnya sejak kecil membantu kaki kirinya menjadi ‘senjata pemusnah’ dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.

Pemain berusia 14 tahun itu mencuri tumpuan apabila meledak tujuh gol ketika menentang Arab Saudi pada aksi peringkat kumpulan Piala Srikandi Merdeka 2026 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia, semalam.

Pemain berdarah warisan itu membantu skuad bimbingan Fairuz Montana Zainal Abidin menewaskan Arab Saudi dengan keputusan penuh 9-0 sekali gus mengiringi tuan rumah, Garuda Pertiwi layak ke peringkat separuh akhir.

“Sejak saya kecil, ayah saya kerap melatih kaki kiri saya kerana tidak ramai orang yang berkaki kiri dan ia seolah-olah satu keistimewaan. Saya bertuah kerana berkaki kiri.

“Mengenai tujuh gol itu, ia bukanlah kredit untuk saya seorang kerana rakan sepasukan yang menghantar bola kepada saya dan saya cuma membantu menyempurnakannya,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Berdasarkan prestasi mengagumkan itu, You sudah pasti akan menjadi pemain yang perlu diperhatikan barisan pemain Thailand apabila kedua-dua pasukan akan berentap pada aksi separuh akhir, Jumaat ini.

Pemain itu mengakui ada merasai sedikit tekanan untuk beraksi pada aksi terbabit, namun dia akan menggunakan situasi itu sebagai pembakar semangat untuk membawa pasukan negara mara ke pentas final.

Related Posts

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

KETUA jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tetap berbangga dengan semangat juang anak buahnya walaupun tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala ASEAN 2026 di Stadium…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rashford perlu tingkat kemampuan jika ingin kekal di United

WAYNE Rooney menggesa Manchester United mendapatkan empat pemain tambahan dan memberi amaran kepada Marcus Rashford bahawa dia perlu memperbaiki prestasinya jika mahu kekal bersama kelab itu. United sedang melakukan persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini