RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi meningkat antara 10 hingga 20 sen seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Ogos, susulan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga RON97 meningkat 10 sen kepada RM4.25 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi naik 15 sen kepada RM3.77 seliter.

Harga diesel tanpa subsidi pula meningkat 20 sen kepada RM4.67 seliter.

Menurut kementerian, kenaikan itu didorong ketidakstabilan geopolitik dunia yang meningkatkan risiko terhadap bekalan minyak mentah, termasuk kekangan trafik di Selat Hormuz susulan konflik Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

“Selepas 172 hari konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, kekangan trafik di Selat Hormuz terus memberi kesan kepada bekalan minyak mentah dunia.

“Setakat ini, Amerika Syarikat dan Iran masih belum mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian konflik tersebut dan konflik Rusia-Ukraine turut menambah tekanan terhadap bekalan petroleum dunia,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, MoF memaklumkan, konflik Rusia-Ukraine turut memberi tekanan terhadap bekalan petroleum dunia selepas Ukraine menyerang sebuah loji penapisan minyak di Rusia dalam tempoh pengiraan APM.

Bagaimanapun, kementerian itu memaklumkan harga bahan api bersubsidi bagi pengguna yang layak kekal pada kadar RM1.99 seliter bagi RON95 BUDI95 dan RM2.10 seliter bagi diesel BUDI Diesel.

“Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter bagi RON95 BUDI95, manakala subsidi diesel BUDI Diesel berjumlah RM2.57 seliter.

“Selagi konflik di Timur Tengah belum diselesaikan dan aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara.

Tambahnya, Kerajaan MADANI turut menyeru rakyat menggunakan bahan api secara berhemat dengan merancang perjalanan lebih cekap dan mengurangkan perjalanan yang tidak perlu.

Related Posts

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri pada Rabu meluluskan pelan komprehensif untuk tindakan segera bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa