1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.06 malam tadi dan tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan gudang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang menyimpan kira-kira 1,200 gulung jerami serta peralatan elektrik.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan BBP Simpang Empat, Perlis dengan bantuan pasukan bomba sukarela melakukan kerja-kerja pemadaman dan api berjaya dikawal pada pukul 11.33 malam,” katanya.

Katanya, gudang berkeluasan kira-kira 600 x 300 kaki persegi itu dianggarkan terbakar 80 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini dan operasi pemadaman masih dijalankan. Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja overhaul dengan merobohkan dinding gudang serta meleraikan timbunan sisa jerami bagi memudahkan pemadaman.

“Kerja-kerja itu dibantu dua jentolak bagi membuka akses kepada pasukan bomba selain membolehkan kerja pemadaman dan overhaul dilakukan dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Related Posts

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen