Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar yang sedang melalui perkembangan fizikal, akal dan emosi.

“Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat rapi kes ini dan individu yang disyaki mendapat hukuman yang setimpal.

“Saya yakin Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan yang wajar selaras dengan undang-undang sedia ada jika perkara ini berkaitan, termasuk melihat semula status pendaftaran sekolah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fahmi berkata, JAIS telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang potensi perlakuan tidak bermoral membabitkan guru dan pelajar, termasuk antara guru atau sesama pelajar.

Beliau turut menggesa pihak pengurusan sekolah mengambil tindakan tegas bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

“Pihak sekolah perlu tegas dan melaksanakan polisi tidak kompromi dan dasar ‘You do this, you go’,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata JAIS sentiasa terbuka menerima aduan daripada pelajar atau mana-mana pihak sekiranya terdapat elemen, potensi atau tanda yang menunjukkan kemungkinan berlaku gangguan atau amang seksual di sekolah mahupun asrama.

Katanya, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan tanpa kompromi.

“Sekolah harus menjadi tempat selamat kepada anak-anak kita,” katanya.

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

KOTA KINABALU – Harga tiket penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur yang melonjak tinggi, khususnya ketika musim puncak, perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sekadar isu kos perjalanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat