Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

KOTA KINABALU – Harga tiket penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur yang melonjak tinggi, khususnya ketika musim puncak, perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sekadar isu kos perjalanan, sebaliknya menyentuh akses pendidikan, peluang ekonomi, mobiliti sosial dan hubungan kekeluargaan rakyat Sabah.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata, bagi rakyat Sabah, penerbangan merupakan satu keperluan asas untuk menghubungkan mereka dengan Semenanjung berikutan ketiadaan alternatif jalan raya atau perkhidmatan kereta api.

“Bagi rakyat Sabah, kapal terbang bukan kemewahan, ia adalah keperluan.

“Tambang penerbangan yang terlalu tinggi boleh memberi kesan langsung kepada golongan mahasiswa yang perlu berulang-alik ke kampus, khususnya ketika cuti semester atau musim perayaan.

“Apabila tambang terlalu tinggi, mahasiswa mungkin terpaksa menangguhkan perjalanan kembali ke kampus, usahawan muda kehilangan peluang, atlet terpaksa memikirkan semula penyertaan dalam pertandingan dan ibu bapa pula perlu mencari wang tambahan hanya untuk membeli tiket anak,” katanya dalam kenyataan media, disini pada Selasa.

Menurutnya, keadaan itu turut menjadi lebih membebankan apabila rakyat Sabah yang berada di Semenanjung berdepan situasi kecemasan keluarga dan perlu pulang ke negeri ini dalam tempoh singkat.

“Lebih menyedihkan apabila ada anak Sabah di Semenanjung menerima berita kecemasan atau kematian ahli keluarga, tetapi perkara pertama yang terpaksa difikirkan ialah ‘mampukah saya membeli tiket untuk pulang’?.

“Jarak tidak sepatutnya menjadi hukuman kepada rakyat Sabah,” ujarnya.

Tambahnya, kos mobiliti yang tinggi akhirnya turut memberi kesan terhadap pembangunan Sabah apabila rakyat negeri ini terpaksa menanggung apa yang disifatkannya sebagai ‘kos geografi’ untuk mendapatkan peluang pendidikan, pekerjaan dan ekonomi di peringkat nasional.

“MBS menggesa Kerajaan Persekutuan dan pihak berkaitan mempertimbangkan intervensi yang lebih berkesan bagi menangani isu tambang penerbangan antara Sabah dan Semenanjung.

“Antara langkah yang dicadangkan termasuk meningkatkan kapasiti tempat duduk ketika musim puncak, menggalakkan persaingan antara syarikat penerbangan serta memperkukuh pemantauan terhadap kenaikan tambang yang mendadak,” jelasnya.

Dalam pada itu, MBS turut mencadangkan supaya mekanisme bantuan atau tambang bersasar dipertimbangkan bagi golongan tertentu, termasuk mahasiswa, atlet serta mereka yang perlu melakukan perjalanan atas urusan kecemasan keluarga.

“Kami memahami industri penerbangan mempunyai kos operasi dan harga dipengaruhi permintaan.

“Tetapi faktor geografi tidak seharusnya menyebabkan rakyat Sabah membayar harga yang terlalu tinggi untuk mendapatkan peluang yang sama.

“MBS tidak menuntut supaya penerbangan antara Sabah dan Semenanjung diberikan secara percuma, sebaliknya mahu satu sistem yang lebih adil dan mampu memastikan rakyat Sabah tidak terpinggir akibat faktor jarak serta kos perjalanan.

“MBS tidak meminta tiket percuma. Kami meminta satu sistem yang lebih adil kerana penerbangan antara Sabah dan Semenanjung bukan sekadar menghubungkan dua destinasi, tetapi menghubungkan keluarga, pendidikan, pekerjaan, peluang dan masa depan anak-anak Sabah,” tegasnya.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu