Wawasan tekad bawa aspirasi ‘Yang Berkhidmat’ pada PRN Sarawak – Affendi Jeman

KUCHING – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kelak, Parti Wawasan Rakyat (Wawasan) mengesahkan penyertaannya dengan tekad untuk mengangkat wakil rakyat yang berjiwa hamba berbanding mengejar gelaran.

Presiden Wawasan, Affendi Jeman menegaskan bahawa setiap pemimpin yang dipilih di bawah tiket parti itu wajib memfokuskan usaha kepada kelangsungan hidup masyarakat, bukannya memburu jawatan semata-mata.

“Falsafah kami sangat ringkas, kami mahukan ‘Yang Berkhidmat’ bukannya ‘Yang Berhormat’. Mandat rakyat adalah tanggungjawab untuk berkhidmat, menyelesaikan masalah, dan meningkatkan taraf hidup komuniti,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang mempunyai pengalaman bertanding dalam pilihan raya sebelum ini turut menzahirkan hasrat untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai mewakili parti tersebut.

Menurut Affendi, parti yang dahulunya dikenali sebagai Parti Sedar Rakyat (Sedar) itu telah menarik minat beberapa calon berpotensi, namun pihaknya enggan terburu-buru mengumumkan sebarang nama.

Jelasnya, penilaian yang teliti akan dibuat merangkumi kriteria integriti, keupayaan, komitmen terhadap masyarakat, serta tahap penerimaan pada peringkat akar umbi.

Menyentuh soal landskap politik semasa, Wawasan yang memperoleh kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 11 Ogos 2026 berhasrat untuk mengkaji secara terperinci cadangan persempadanan semula yang melibatkan 17 kerusi DUN baharu.

“Jika kerusi baharu ini diwujudkan, Wawasan akan mengkajinya secara serius. Persoalannya bagi kami bukan sekadar ‘bolehkah kita menang kerusi ini?’, tetapi ‘bolehkah kita mencari individu yang tepat untuk berkhidmat?’

“Kami tidak berminat untuk sekadar memacak bendera di atas peta, tetapi mahukan calon yang mempunyai hubungan erat dan keinginan sebenar untuk berkhidmat kepada masyarakat,” tegasnya.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham, Affendi tampil memperjelaskan Wawasan sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Parti Wawasan Negara yang berpusat di Semenanjung Malaysia.

Beliau menyatakan kedua-dua entiti politik tersebut berbeza sepenuhnya dari sudut struktur organisasi, platform perjuangan, dan hala tuju.

Tambahnya, nama dan akronim Wawasan diluluskan secara rasmi oleh RoS menerusi fasa penjenamaan semula Sedar, lantas menjadikannya sebuah parti tempatan Sarawak yang membawa status nasional.

“Wawasan bukan sekadar mahu mengumpul kerusi, tetapi mengumpul tanggungjawab untuk berkhidmat. Di mana-mana sahaja kami bertanding, calon tersebut mesti mempunyai kredibiliti, kemampuan, dan komitmen tinggi,” jelasnya.

Related Posts

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

SANDAKAN – Sebanyak 28 rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi Rabu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut