12 pegawai, anggota polis ditahan di pusat hiburan digantung tugas serta-merta

SERAMAI 12 pegawai dan anggota polis yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Sungai Petani, Kedah semalam digantung tugas serta-merta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain itu siasatan turut dijalankan terhadap penyelia pegawai dan anggota berkenaan.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Kedah (Datuk Fisol Salleh) untuk menggantung (tugas) pegawai dan anggota ini dengan segera.

“Tindakan mengikut Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 akan diambil.

“Penyelia juga akan dipindahkan dari jawatan semasa kerana mereka tidak layak untuk menguruskan anak buah mereka,” katanya hari ini.

Razarudin turut mengingatkan anggotanya untuk menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat.

“Kita ditugaskan untuk menegakkan undang-undang dan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang awam.

“Pegawai dan anggota polis harus sentiasa bertindak mengikut undang-undang.

“Tiada kompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang didapati melakukan jenayah dan masalah disiplin,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan melindungi ‘buah buruk’ yang boleh mencemarkan nama pasukan polis dan akan mengambil tindakan tegas.

“Jadikan ini sebagai amaran keras. Pegawai dan anggota polis diberi amanah untuk menegakkan undang-undang, tetapi itu tidak bermakna anda berada di atas undang-undang.

“Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang terhadap anggota yang didapati melakukan sebarang kesalahan jenayah dan tidak akan berdiam diri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat yang diterima.

“Dalam serbuan berkenaan 31 individu ditahan dan 12 daripadanya adalah pegawai dan anggota polis kerana positif dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, sampel kedua urin akan diambil dan dihantar ke pihak patalogi hospital bagi proses tahanan kerja,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula