Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

NAFAS memaklumkan pembekalan bersamaan 413,750 beg baja urea itu, dilaksanakan menerusi anak syarikatnya, Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) dan dihantar kepada stokis yang ditetapkan iaitu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

“Pembekalan tersebut telah diselesaikan sepenuhnya pada 31 Julai 2026 iaitu hanya dalam tempoh 23 hari selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 1 Julai 2026.

“Pembekalan ini juga diselesaikan lebih awal berbanding 7 Ogos 2026 yang dinyatakan sebagai tarikh jangkaan lengkap penghantaran baja urea bagi kawasan MADA,” menurut kenyataan itu.

NAFAS berkata, bagi Baja Sebatian Padi 1 pula, jumlah keperluan yang ditetapkan adalah sebanyak 22,117.46 tan metrik dan keseluruhan keperluan tersebut telah diselesaikan melalui penghantaran kepada stokis ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, pembekalan Baja Sebatian Padi 3 tidak diuruskan atau dilaksanakan NAFAS mahupun MNFSB, justeru, sebarang isu atau kelewatan berkaitan bekalan berkenaan tidak berada di bawah skop kontrak atau tanggungjawab kedua-dua pihak.

“Penjelasan ini dibuat bagi memberikan gambaran yang tepat mengenai skop kontrak dan tanggungjawab NAFAS melalui MNFSB, sekali gus mengelakkan sebarang kekeliruan berhubung penglibatan NAFAS dalam pembekalan input pertanian di kawasan MADA,” menurut kenyataan itu.

NAFAS turut memahami bahawa kelancaran bekalan input pertanian mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti penanaman, produktiviti serta kebajikan pesawah dan Kumpulan NAFAS bersedia untuk terus menjadi rakan penyelesaian kepada kerajaan dalam menangani sebarang isu serta kebimbangan golongan itu.

“Komitmen berkenaan selaras dengan peranan NAFAS dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara, di samping memastikan kepentingan dan kebajikan peladang serta pesawah terus diberi perhatian,” menurut kenyataan itu.

NAFAS juga akan terus bekerjasama dengan kerajaan, MADA dan agensi berkaitan bagi memastikan rantaian bekalan input pertanian dilaksanakan sebaiknya demi kepentingan pesawah serta kelangsungan sektor padi negara.

Related Posts

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

ROMPIN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah semua pihak berhenti mengelirukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung dengan istilah tanah adat. Baginda bertitah, perkara itu jelas termaktub…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar