Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada kestabilan politik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia diperkukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kestabilan politik merupakan antara perkara yang dinilai pelabur sebelum memutuskan untuk membawa masuk pelaburan ke sesebuah negara.

“Selain kestabilan politik, pelabur turut menilai kekuatan serta prospek ekonomi sesebuah negara.

“Bagi saya, kestabilan politik itu sangat penting bagi negara kita. Orang tidak akan melabur kalau politik itu tidak stabil,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan perlu membuat pertimbangan antara kepentingan politik dan ekonomi dalam memastikan kedua-duanya terus bergerak seiring.

Katanya, keputusan untuk mengekalkan kestabilan politik ada kalanya memerlukan kompromi yang menyebabkan kerajaan mempunyai keterbatasan dalam melaksanakan sesetengah langkah.

“Sebab itu, orang sergah saya kerana nampak kompromi. Tapi saya ada pilihan. Bertempur, ekonomi menjunam. Kompromi akan memberi keterbatasan tentang langkah-langkah diambil. Itu antara dua keputusan yang harus dibuat

“Maka saya memilih untuk menjaga supaya politik itu stabil dan ekonomi berkembang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pertumbuhan ekonomi yang baik pula membolehkan kerajaan mempunyai ruang fiskal lebih luas untuk meningkatkan perbelanjaan dan menyalurkan peruntukan bagi memenuhi keperluan rakyat.

Beliau berkata, kedudukan asas ekonomi negara ketika ini membolehkan kerajaan mempertimbangkan permintaan tambahan peruntukan, namun setiap permohonan perlu dinilai secara menyeluruh berdasarkan kedudukan makroekonomi dan kemampuan kewangan semasa.

Mengulas Sesi Libat Urus Belanjawan 2027, Anwar berkata, pandangan pelbagai pihak penting dalam membantu kerajaan merangka belanjawan yang mengambil kira keadaan serta keperluan sebenar ekonomi negara.

Katanya, sesi berkenaan turut menghimpunkan wakil sektor perniagaan, perdagangan, dewan perniagaan dan institusi perbankan yang mempunyai peranan dalam memperkukuh keyakinan serta keupayaan ekonomi negara.

Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan perlu memberi perhatian kepada sektor yang masih berdepan cabaran walaupun beberapa bidang seperti kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Beliau berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antara sektor yang memerlukan perhatian berterusan supaya dapat terus berkembang seiring dengan perubahan ekonomi.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri