Isu TH: Tiada halangan siasat perkara sebelum dan selepas tempoh RCI – PM

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa tidak terhad kepada tempoh yang ditetapkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, RCI menjadi asas utama bagi penelitian terhadap isu berkenaan, namun siasatan boleh diperluaskan untuk merangkumi perkara yang berlaku sebelum atau selepas tempoh yang diteliti suruhanjaya itu.

“Memang sekarang ini, semua tindakan dan kajian melangkaui RC…RCI itu sebagai induk Tak ada halangan kaji sebelum dan selepas, dan ini yang dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan penutup sesi berkenaan, Anwar mengarahkan tindakan susulan berkaitan isu TH diambil dengan tegas dan segera.

Beliau berkata, prinsip pengasingan kuasa akan terus dihormati dengan beliau tidak mencampuri urusan siasatan atau pendakwaan, selain meminta pihak berkaitan memberikan maklumat serta taklimat mengenai isu TH kepada Raja-Raja Melayu.

Pada masa sama, beliau berkata, penjelasan berhubung perkara itu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Kebetulan dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong berikan panduan mudah…tegas. Jadi memudahkan tindakan kita…dan arahan saya, nak campur penyiasatan tidak boleh, pendakwaan tidak boleh. Tapi saya boleh beri pengarahan umum. Tegas, cepat. Jangan bagi dalih, jangan takut siapa. Mesti bertindak,” katanya.

Mengulas tindakan kerajaan terhadap isu tatakelola, Anwar berkata, pendekatan tegas tanpa tolak ansur perlu diteruskan walaupun ia berkemungkinan membawa implikasi politik kepada kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan selepas ini turut akan memberi perhatian kepada isu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), sambil mengakui usaha berkenaan tidak mudah kerana perlu berdepan dengan realiti politik.

“Saya bukan hendak memberi alasan. Saya cuma mengatakan bahawa inilah realiti politik sebenar yang perlu kita hadapi.

“Jika ditanya kepada saya..saya sudah nyatakan bahawa saya bersedia mengambil risiko. Saya mengambil risiko itu dan akan terus bergerak ke hadapan. la menyebabkan saya terpaksa membayar harga politik yang tinggi. Pada usia sekarang, saya fikir saya tidak seharusnya terlalu bimbang mengenainya,” kata beliau.

Anwar berkata, beliau tidak akan berkompromi dalam isu tatakelola dan penyelewengan, khususnya yang membabitkan dana awam dalam jumlah besar.

Menurutnya, kelemahan tadbir urus dan ketirisan boleh menjejaskan keupayaan kerajaan menyalurkan dana kepada rakyat, justeru aspek berkenaan perlu diberi perhatian dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 itu turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Bertemakan ‘Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’, Belanjawan 2027 adalah belanjawan kelima negara di bawah Kerajaan MADANI.

Sesi itu menghimpunkan hampir 400 peserta daripada agensi kerajaan, sektor swasta dan industri, akademia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta pertubuhan antarabangsa bagi mengemukakan pandangan dan cadangan untuk memantapkan penyediaan Belanjawan 2027.

– BERNAMA

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar