PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, antara perkara yang akan diberi perhatian ialah usaha mempercepat penambahbaikan reformasi selain tindakan tegas terhadap pelanggaran undang-undang dan kes skandal besar.

“Mesej yang disampaikan oleh sama ada perwakilan di Kongres Keadilan ataupun anggota pada Persidangan DAP sangat jelas, iaitu usaha untuk membawa penambahbaikan perubahan mesti dipercepat dan tindakan tegas mesti diambil termasuk dalam isu-isu pelanggaran undang-undang serta kes-kes skandal besar.

“Seperti yang Perdana Menteri telah sebutkan, bukan hanya Tabung Haji, selepas itu akan diteliti Felda dan mana-mana agensi lain seperti yang telah dititah oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bulan Ogos 2026 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, PKR turut menghargai keputusan DAP untuk terus kekal dalam Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat tempoh penggal Parlimen.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pimpinan DAP walaupun bagi pihak parti Keadilan kami berkongres dan kami juga banyak bermuhasabah sama juga dengan rakan-rakan dalam DAP,” katanya.

Beliau berkata, kestabilan politik perlu terus menjadi keutamaan dalam menentukan sebarang tindakan parti, selaras dengan penegasan Perdana Menteri ketika ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 semalam.

Menurut Fahmi, setiap tindakan yang diambil parti perlu berlandaskan kepentingan rakyat dan negara, bukannya kepentingan politik semata-mata.

Semalam, sebanyak 1,857 perwakilan DAP mengundi untuk kekal dalam Kerajaan Persekutuan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Related Posts

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

SHAH ALAM – Sebanyak 300 hidangan percuma disediakan kepada orang ramai menerusi Program Makan Percuma Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2026 Siri 2, esok. MBSA menyatakan, program berkenaan akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok