Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian itu dipercayai berlaku tengah hari tadi.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.

“Kita masih sedang kumpulkan fakta kes, sebarang perkembangan lanjut akan kita kongsikan,” katanya, lapor Bernama hari ini.

Terdahulu, tular video dan gambar di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Genting Highlands.

Suasana di pusat peranginan Genting Highlands itu menjadi kecoh berikutan dakwaan kejadian tersebut

Dakwaan berkenaan mula tular di media sosial, khususnya Threads, selepas beberapa pengunjung berkongsi maklumat dan rakaman video yang menunjukkan keadaan semasa di lokasi kejadian.

Kejadian itu turut mencetuskan kawalan ketat apabila kawasan peranginan berkenaan didakwa dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) sementara bagi mengesan suspek.

Difahamkan, tiga suspek bersenjatakan kapak dan kuku kambing disyaki merompak kedai emas terbabit.

Related Posts

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

TAWAU – Seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Batu 3 1/2 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Ketua Polis Daerah Tawau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

KANGAR – Pendakwah, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan