RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah berkenaan merangkumi keuntungan dan kerugian belum direalisasikan berdasarkan penilaian mark-to-market ke atas sekuriti, terutama disebabkan turun naik kadar pertukaran asing.

Menurutnya, seperti tahun sebelumnya, keuntungan dan kerugian belum direalisasikan itu tidak boleh diagihkan sebagai dividen.

“Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya terus memanfaatkan prestasi kukuh pasaran ekuiti global sambil mengekalkan pendekatan pelaburan jangka panjang yang berdisiplin.

“Sama seperti suku pertama, kami terus merealisasikan pendapatan lebih awal pada suku kedua memandangkan risiko pasaran dan geopolitik kekal tinggi,” katanya.

Menurut KWSP, walaupun pasaran ekuiti telah menyokong prestasi pada separuh pertama tahun ini, ahli wajar melihat prestasi ini dalam perspektif jangka panjang kerana peluang pasaran seperti ini mungkin tidak berulang pada separuh kedua tahun ini.

“Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan RM29.77 bilion, meningkat 44 peratus berbanding RM20.61 bilion pada suku sama tahun lalu.

“Pendapatan daripada ekuiti melonjak 52 peratus kepada RM20.94 bilion pada suku kedua 2026 berbanding RM13.77 bilion dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya.

KWSP berkata, pemulihan kukuh pasaran ekuiti global sepanjang suku berkenaan memberi peluang kepada pengurus dana merealisasikan keuntungan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan.

“Sentimen pelabur turut bertambah baik apabila kebimbangan terhadap harga tenaga semakin reda serta keyakinan yang kekal kukuh terhadap kitaran super kecerdasan buatan,” menurut kenyataan itu.

Ekuiti menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan KWSP pada suku berkenaan.

Sementara itu, instrumen pendapatan tetap menyumbang RM6.91 bilion atau 23 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan suku kedua 2026.

KWSP berkata, Sekuriti Kerajaan Malaysia terus memberikan pulangan yang stabil dan berdaya tahan, selain berperanan sebagai komponen defensif utama dalam portfolio ketika pasaran berdepan ketidaktentuan.

Hartanah dan infrastruktur pula mencatatkan pendapatan RM1.30 bilion, manakala instrumen pasaran wang merekodkan keuntungan RM620 juta selaras dengan jangkaan pulangan bagi kelas aset masing-masing.

Jumlah aset pelaburan KWSP pada suku kedua 2026 mencecah RM1.54 trilion, dengan 39 peratus daripadanya dilaburkan di peringkat global.

Pelaburan antarabangsa menjana pendapatan RM19.29 bilion, bersamaan 65 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan pada suku berkenaan.

Bagi pecahan simpanan, pendapatan pelaburan untuk Simpanan Konvensional berjumlah RM24.16 bilion, manakala Simpanan Shariah mencatatkan RM5.61 bilion.

Related Posts

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

POLEMIK mengenai cara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegur Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim tidak seharusnya dijadikan politik pertikaian atau ‘alih perhatian’ daripada persoalan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

KUALA LUMPUR – Usaha memperkukuh penyelidikan dan memperluas wacana pemikiran Islam terus mendapat sokongan kerajaan bagi memastikan sumbangan bidang keilmuan itu dapat dimanfaatkan dalam pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan