MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

SHAH ALAM – Sebanyak 300 hidangan percuma disediakan kepada orang ramai menerusi Program Makan Percuma Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2026 Siri 2, esok.

MBSA menyatakan, program berkenaan akan berlangsung pada 18 Ogos 2026, bermula jam 11.30 pagi di Medan Selera Delima, Seksyen 24, di sini.

“Sebanyak 300 hidangan disediakan secara percuma kepada orang ramai, terhad kepada 300 terawal sahaja.

“Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Program Makan Percuma Siri 2,” menurut kenyataan itu di Facebook pada Isnin.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Shah Alam dijemput hadir bagi memeriahkan Program Makan Percuma Siri 2 berkenaan.

Program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif MBSA dalam menyediakan manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar