Juruteknik terjatuh ketika kerja selenggara kereta kabel di Langkawi

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang juruteknik yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi pada Khamis.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 petang berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, keadaan mangsa, Khairul Nizam Jaafar, 41, yang dilaporkan terjatuh dari platform tingkat dua pada ketinggian dianggarkan antara 40 hingga 50 meter masih belum dapat dikenal pasti.Bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini.

“Jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Mat Sirat dan BBP Langkawi telah diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba 13 minit kemudian.

“Keadaan mangsa belum dapat dipastikan dan pasukan bomba kini dalam operasi mencari dan menyelamat di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohd Zamri, kerja mencari dan menyelamat masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi.

Related Posts

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, Thailand semalam dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan khas kepada industri pelancongan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha pelancongan, khususnya di pulau-pulau dan kawasan pedalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM