Ibu hidap penyakit jantung galas anak kecil tawan Gunung Kinabalu

PENGHIDAP penyakit jantung, Amanda Omeychua tidak menjadikan penyakitnya itu sebagai penghalang untuk menggalas anak lelakinya yang berusia 2 tahun 6 bulan, menawan puncak tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu, baru-baru ini.

Sepanjang pendakian selama dua hari satu malam ke puncak berketinggian 4,095 meter itu, Amanda, 30, bergilir-gilir dengan suaminya Muhammad Hafizuddin Mustapa, 31, menggalas Muhammad Noah Rizqullah yang seberat 25 kilogram berserta beg kelengkapan lain.

Berkongsi kisah itu kepada Bernama, anak Kudat, Sabah tersebut berkata, dia mahu mencipta sebanyak mungkin kenangan bersama-saman anaknya, sebelum dia menjalani pembedahan jantung kali kedua kelak.

Dia yang didiagnosis dengan masalah dua injap jantung berlubang ketika berusia 14 tahun, menjalani pembedahan pertama bagi menggantikan injap bocor dengan injap plastik pada 2020.

“Sebagai pesakit jantung berlubang, saya tidak dibenarkan mengandung dengan injap jantung sedemikian. Jadi, disebabkan kami berhasrat untuk memiliki anak sendiri, saya menjalani pembedahan memasukkan injap gantian yang bertahan 10 tahun,” kongsinya.

Menurutnya, dia perlu menjalani pembedahan kedua bagi menggantikan injap plastik itu dengan injap mekanikal tidak lama lagi.

“Kalau terus guna injap mekanikal pada pembedahan pertama, saya langsung tidak boleh mengandung kerana perlu mengambil warfarin, iaitu ubat cair darah setiap hari,” sambungnya.

Bercerita tentang pengalamannya semasa mendaki Gunung Kinabalu, Amanda yang bekerja sebagai pemandu pelancong, berkata dia tidak berdepan sebarang masalah kerana aktiviti itu telah dilakukannya sejak lebih 10 tahun lalu.

Dia yang telah menawan hampir kesemua gunung di Malaysia, juga pernah sampai beberapa kali di Annapurna Base Camp dan Everest Base Camp di Nepal.

“Saya juga sudah biasakan anak saya dengan aktiviti ini, membawanya mendaki gunung seperti Gunung Angsi, Negeri Sembilan dan Gunung Merbabu di Jawa, Indonesia,” ceritanya.

Bagaimanapun kata wanita itu, sebaik turun dari Gunung Kinabalu, dia tetap melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Noah.

“Dia tidak banyak meragam ataupun menangis. Malah, jelas seronok walaupun digalas didalam beg belakang dan kerap kali meminta kami meneruskan perjalanan apabila kami berhenti bagi memeriksa keadaannya,” kata Amanda.

Bagaimanapun, dia menasihati ibu bapa lain agar tidak membawa anak kecil mendaki semata-mata kerana terpengaruh dengan orang lain, selagi tidak melakukan persiapan secukupnya dari segi mental dan fizikal.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak