Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Oleh: Jason Yew

“KATA mereka PMX anakirikan negeri pembangkang. Hakikatnya…”

Sering kali kita dihidangkan dengan satu naratif yang menakutkan: “Kalau tak sehaluan dengan pusat, negeri akan dianaktirikan.”

Kata-kata ini diulang-ulang setiap kali musim pilihan raya tiba, ditanam dalam fikiran kita supaya kita terus hidup dalam sangkaan buruk dan ketakutan.

Boleh jadi, suatu ketika dahulu, ada benarnya. Politik dendam pernah membarah dalam sistem kita.

Tetapi, mari kita berhenti sejenak dan melihat helaian fakta yang terbentang di depan mata kita hari ini.

Bila saya meneliti jadual peruntukan kerajaan persekutuan kepada setiap negeri bagi tahun 2022 hingga 2026, sejujurnya ia memberikan satu kelegaan yang luar biasa.

Bayangkan, negeri-negeri yang paling lantang mengkritik, negeri-negeri yang sentiasa berbeza pandangan dengan kerajaan hari ini… adakah mereka dihukum atau dibiarkan?

Tidak. Sama sekali tidak.

Lihat sahaja Kelantan. Kenaikan peruntukan melonjak sebanyak 47 peratus kepada RM9.7 bilion. Terengganu meningkat 35 peratus. Perlis dan Kedah juga masing-masing menerima pertambahan peruntukan puluhan peratus.

Jika benar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani mengamalkan politik dendam, bukankah ini peluang terbaik untuk ‘menghukum’ mereka yang menentang?

Inilah yang dinamakan jiwa besar. Apabila seorang pemimpin meletakkan kebajikan dan periuk nasi rakyat jauh lebih tinggi berbanding ego politik peribadinya.

Anwar Ibrahim memilih jalan yang sukar, jalan untuk memaafkan, merangkul, dan memastikan tiada rakyat Malaysia dibiarkan terpinggir hanya kerana perbezaan undi.

Orang politik di luar sana mungkin akan terus mencipta pelbagai cerita sensasi untuk melaga-lagakan kita. Mereka mahu kita terus bermusuh kerana di situlah letaknya talian hayat mereka.

Namun, angka-angka ini tidak pandai menipu. Ia adalah bukti bisu tetapi nyata bahawa politik matang dan peduli sedang terbina di negara ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita juga berjiwa besar. Menilai dengan mata hati dan akal yang waras.

Kerajaan ini mungkin tidak sempurna, tetapi mereka sedang berusaha keras membina sebuah keluarga besar yang tidak lagi dipisahkan oleh ideologi sempit.

Akhirnya, nasib makcik di Pasar Siti Khadijah, anak muda di Alor Setar, dan pesawah di Perlis yang terbela. Itulah makna sebenar sebuah kerajaan untuk semua.

***Penulis adalah pencipta kandungan media sosial dan pengendali halaman politik popular Jason Update

Related Posts

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Oleh: Datuk Dr Anis Yusal Yusoff PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan wajah sebenar politik Malaysia. Di sebalik kemenangan dan kekalahan parti-parti politik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Oleh: Aman Muhammad ULASAN | Parti MCA mahu Menteri Besar Kedah keluarkan lessen judi semula. Disiarkan di laman rasmi MCA, kenyataan rasmi yang mendesak Menteri Besar Kedah kembalikan semula lesen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah