Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setiap Pegawai Daerah perlu mengenal pasti potensi ekonomi di kawasan masing-masing supaya dapat diterjemahkan kepada peluang pelaburan, pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat.

Beliau berkata, terdapat daerah yang mempunyai kekuatan dalam sektor pertanian, pelancongan, sumber marin, industri dan perdagangan yang perlu dibangunkan secara terancang.

“Dalam hal ini, saya melihat Ekonomi Biru sebagai satu bidang yang mempunyai potensi besar, khususnya di kawasan luar bandar.

“Potensi ekonomi biru perlu dimanfaatkan secara berhemah bagi mewujudkan peluang ekonomi baharu serta meningkatkan pendapatan masyarakat, dengan Pegawai Daerah berperanan membantu mengenal pasti dan memudah cara pelaburan yang bersesuaian,” ujarnya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Isnin.

Menurut Hajiji, Kerajaan Sabah menyediakan siling peruntukan pembangunan sebanyak RM12.02 bilion bagi 1,173 program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah Belanjawan Sabah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 241 merupakan projek sambungan manakala 932 lagi adalah projek baharu.

“Saya mahu pelaksanaan projek dan program di setiap daerah dipantau secara berterusan, termasuk mengenal pasti punca kelewatan serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku masalah.

“Kejayaan pembangunan tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan jumlah projek yang diluluskan atau disiapkan, sebaliknya berdasarkan impak sebenar kepada rakyat,” katanya.

Tegas Hajiji, pembangunan luar bandar kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri khususnya dalam aspek jalan raya, bekalan air dan elektrik, perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan, keusahawanan serta pembangunan ekonomi masyarakat.

“Apabila jalan menjadi lebih baik, bekalan air bertambah baik, peluang ekonomi bertambah dan kehidupan rakyat menjadi lebih sejahtera, maka itulah hasil sebenar pembangunan.

“Saya ingin menekankan kepentingan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan mengalu-alukan pembangunan Aplikasi Online Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, termasuk usaha memperkasa penggunaannya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Saya berharap budaya kerja dalam pentadbiran daerah terus diperkukuhkan dengan perkhidmatan yang cepat, keputusan tepat, tatakelola baik serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat demi memastikan kesinambungan pembangunan dan menjayakan agenda Sabah Maju Jaya 2.0,” jelasnya.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan