Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama setahun di Kazakhstan, bermula September ini.

Program hasil kerjasama strategik Yayasan Perak dan UMPSA itu bukan sekadar membuka peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian di luar negara, malah menjadi pelaburan jangka panjang dalam pembangunan bakat bagi memperkukuh sektor agroekonomi dan agroindustri negeri.

Kerjasama berkenaan dimeterai menerusi pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) yang disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menerusi program berkenaan, kelima-lima pelajar berpeluang memperoleh dua ijazah daripada dua universiti, selain mendapat pendedahan secara langsung terhadap pendidikan, penyelidikan dan inovasi pertanian di peringkat antarabangsa.

Yayasan Perak dalam satu kenyataan berkata, penajaan keseluruhan berjumlah RM198,380 dibiayai secara bersama Yayasan Perak dan UMPSA, masing-masing sebanyak RM99,190.

“Ini bukan sekadar peluang untuk belajar di luar negara, tetapi satu pelaburan dalam bakat anak Perak supaya ilmu, teknologi dan kepakaran yang diperoleh dapat dibawa pulang untuk menyokong keterjaminan makanan, memperkukuh agroekonomi serta memacu pembangunan agroindustri negeri,” katanya.

Menurutnya, kesemua penerima mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 dan melalui proses saringan serta temu duga, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga B40.

“Penajaan itu merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup, tiket penerbangan serta visa pelajar.

“Sepanjang berada di KazNARU, pelajar berkenaan akan didedahkan kepada bidang penyelidikan dan inovasi pertanian termasuk bioteknologi industri, sains makanan dan agroindustri,”ujarnya.

Mereka turut berpeluang melihat sendiri ekosistem pertanian berskala besar di Kazakhstan, sekali gus memperluas pengetahuan dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan apabila kembali ke tanah air kelak.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan selari dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 yang melihat pendidikan dan pembangunan bakat berkemahiran tinggi sebagai pelaburan penting bagi menjamin masa depan negeri.

“Diharapkan lima anak Perak ini memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan, pulang dengan ilmu dan pengalaman baharu serta menjadi sebahagian daripada generasi yang mampu membawa Perak ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

GEORGE TOWN – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang semalam, kerana disyaki melanggar syarat sah lesen menangkap ikan. Pengarah Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam