Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

AYER KEROH –  Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat penuh dalam menentukan strategi dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan seluruh jentera parti bergerak menerusi satu sistem yang merangkumi kepimpinan dan arahan yang jelas.

Menurut beliau, PKR tidak boleh lagi mempunyai sistem atau saluran berbeza yang boleh menjejaskan penyelarasan gerak kerja pilihan raya parti.

“Amirudin diberikan mandat penuh untuk menjalankan kerja-kerja pilihan raya akan datang. Saya beritahu pimpinan, tidak boleh lagi ada ‘subsistem’ atau ‘sistem alternatif’.

“Satu sistem, satu kepimpinan, satu format. Amirudin tentukan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Ahad.

Dalam pada itu, Anwar berkata, penyelarasan gerak kerja daripada pihak pejabatnya pula akan dilaksanakan oleh Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau menjelaskan, Tengku Zafrul yang juga Ahli Biro Politik PKR akan membantu memastikan penyelarasan antara pejabat Presiden dan sekretariat parti berjalan lancar.

“Sebagai sokongan di pejabat saya dan untuk memastikan penyelarasan berjalan dengan baik, saya memberikan mandat penuh kepada Tengku Zafrul untuk menyelaraskan gerak kerja di pihak saya serta sekretariat,” katanya

Related Posts

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tian Chua sedia kembali ke PKR

AYER KEROH – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, menyatakan kesediaannya untuk kembali menyertai parti itu sekiranya khidmatnya masih diperlukan dalam meneruskan perjuangan reformasi. Beliau berkata, perjuangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO