Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

AYER KEROH – Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa sebagai antara usaha kerajaan memastikan kesejahteraan pekerja dan meningkatkan taraf hidup rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, agenda reformasi yang dibawa kerajaan perlu diteruskan dengan memberi perhatian kepada isu ekonomi rakyat, termasuk memastikan pendapatan pekerja berkembang seiring dengan peningkatan produktiviti dan kos sara hidup.

Menurutnya, usaha memperkukuh ekonomi tidak boleh hanya tertumpu kepada pertumbuhan negara, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai secara langsung oleh rakyat.

“Kalau kita bercakap tentang ekonomi, kita mesti memastikan rakyat memiliki ekonomi yang lebih baik dan kehidupan yang lebih terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini

Nurul Izzah berkata, kerajaan juga perlu berdepan pelbagai cabaran dunia luar, termasuk perubahan ekonomi global, selain memastikan agenda reformasi yang diperjuangkan terus diberi perhatian.

Katanya, pendekatan berteraskan keadilan sosial perlu menjadi antara asas pentadbiran bagi memastikan pembangunan ekonomi tidak meninggalkan mana-mana golongan.

Beliau turut menegaskan bahawa segala usaha pembaharuan perlu dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira kedudukan kerajaan serta keperluan untuk mendapatkan sokongan terhadap dasar yang diperkenalkan.

“Kita tak boleh hanya bercakap mengenai reformasi, tetapi mesti memastikan rakyat benar-benar mendapat manfaat daripada perubahan yang kita bawa,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET