Asas ekonomi kukuh sumbang pertumbuhan ringgit

ASAS ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, prospek pertumbuhan ekonomi negara antara empat dan lima peratus pada tahun ini juga adalah faktor positif yang akan menyumbang kepada pengukuhan ringgit pada masa akan datang.

“Dari segi pertumbuhan ekonomi, sektor kewangan dan sebagainya memang kukuh. Pada masa ini, asas itu masih kukuh dan (akan) bertambah kukuh lagi.

“Prospek ekonomi adalah baik. Dua perkara ini mendorong kepada pengukuhan nilai ringgit,” katanya pada program Niaga Awani bertajuk ‘Strategi Fiskal dan Monetari: Kunci Pengukuhan Ekonomi Malaysia’ yang disiarkan di Astro Awani semalam.

Abdul Rasheed menjelaskan, selain faktor makroekonomi, pelaksanaan perubahan struktur oleh Kerajaan Madani turut memainkan peranan penting dalam mendokong pengukuhan nilai ringgit.

“Saya perlu mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana melaksanakan pembaharuan dasar yang penting untuk negara kerana ia akan mengukuhkan kita pada masa depan.

“Pelabur melihat komitmen kita kepada perubahan struktur ini dan ia telah mendorong kepada pengukuhan nilai ringgit. Ia akan terus memacu sokongan untuk ringgit pada masa depan,” katanya.

Related Posts

Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

KUCHING – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan dan komitmen berterusan untuk memastikan perancangan pembangunan di negara ini dilaksanakan dengan lebih seimbang. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK