King Sing tuntut permohonan maaf Ketua Pemuda UMNO Johor

KUALA LUMPUR – Parti Demokratik Progresif (PDP) menuntut Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros memohon maaf atas dakwaan yang dibuat kononnya peratusan keluar mengundi masyarakat Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota cuma antara 34 hingga 36 peratus.

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, dakwaan berkenaan jelas menafikan fakta dan hanya memetik statistik yang tidak berasas.

“Sebagai ketua Pemuda, kegagalan Noor Azleen untuk melakukan semakan fakta amat mengecewakan dan dikesali.

“Tindakan ini bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya sendiri, malah partinya juga akan turut terpalit.

“Jika Noor Azleen benar-benar bertanggungjawab atas segala tindakan yang dibuat, beliau harus memohon maaf kepada masyarakat Cina atas kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

PRK Mahkota pada Sabtu lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 20,648 undi selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Beberapa pemimpin UMNO termasuk Noor Azleen kemudiannya dilapor mempersoalkan sumbangan DAP dalam PRK terbabit dengan berkata hanya 34 hingga 36 peratus sahaja pengundi Cina di DUN itu membuang undi.

Mengulas lanjut King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (Motac) mendakwa, realitinya peratusan keluar mengundi pengundi Cina pada PRK Mahkota ialah sebanyak 53.6 peratus manakala peratusan keluar mengundi Melayu ialah 56.6 peratus.

“Adakah beliau tidak dapat berfikir dengan waras, jika peratusan keluar mengundi kaum Cina begitu rendah, bagaimana Syed Hussien boleh memperoleh majoriti yang besar?

“Kenyataan melulu yang dibuat oleh Noor Azleen bukan sahaja menjadikan kaum Cina semakin dingin, malah secara tidak langsung menampakkan imejnya yang tidak profesional dan tidak matang,” dakwanya.

King Sing menambah, Nor Azleen seolah-olah tidak menghargai sumbangan pengundi Cina dalam PRK tersebut kerana bukan sahaja tiada ucapan penghargaan diberikan malahan masyarakat pula dipersalahkan dan membuatkan kaum Cina berasa amat kecewa.

Katanya, Kerajaan Perpaduan meletakkan harapan dan perhatian yang besar kepada PRK tersebut dengan semua pemimpin gabungan parti berkenaan mengetepikan perbezaan serta bekerjasama untuk meraih kemenangan.

“Ini termasuk penglibatan yang signifikan dan aktif daripada pertubuhan Cina dan pertubuhan masyarakat sivil yang menyertai kami ketika berkempen di kawasan itu untuk memastikan calon BN mendapat sokongan daripada semua kaum masyarakat sekali gus melonjakkan peluangnya untuk menang.

“Saya juga ingin menasihati Noor Azleen supaya berhenti memalukan diri sendiri. Memandangkan BN telah memenangi PRK ini dengan sokongan pelbagai pihak, beliau sepatutnya menghargai kepercayaan yang telah diberikan,” kata King Sing lagi.

Katanya, Noor Azleen harus memastikan ADUN Mahkota yang baharu dipilih itu turun padang berkhidmat kepada rakyat secepat mungkin dan berusaha ke arah pembangunan yang lebih baik di Mahkota.

Related Posts

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GST: Pembangkang perlu kemuka idea bernas, bukan sekadar kritik kerajaan – Penganalisis

PEMBANGKANG yang mengkritik kerajaan berhubung cadangan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu mengemukakan idea serta dasar alternatif yang bernas, bukannya sekadar mendesak tanpa menawarkan penyelesaian, kata penganalisis politik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari