Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

SAIZ negeri Perlis yang kecil tidak menggambarkan beban sebenar tugas kepolisan apabila anggota di negeri ini berdepan pelbagai cabaran termasuk menjaga keselamatan kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, perkara itu antara pengalaman yang dilaluinya sepanjang lebih dua tahun menerajui kontinjen negeri.

Menurutnya, kedudukan Perlis sebagai negeri sempadan memerlukan tahap perhatian tinggi khususnya dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.

Katanya, kawasan sempadan seperti Wang Kelian dan beberapa lokasi lain memerlukan pemantauan serta penugasan berterusan oleh pasukan keselamatan.

Beliau berkata, meskipun Perlis sebuah negeri kecil, jumlah serta beban kerja yang perlu dihadapi anggota polis tetap tinggi.

Muhammad berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Dalam majlis itu, tugas Ketua Polis Perlis diserahkan kepada Timbalannya, Senior Asisten Komisioner Zaihairul Idrus yang kini memangku jawatan berkenaan.

Muhammad pula bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Gerakan/Operasi) dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Majlis tersebut disaksikan Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Sementara itu, Zaihairul berkata, kerjasama antara Polis Perlis dan KDNKA Bukit Aman akan terus diperkukuhkan terutama dalam aspek kawalan keselamatan serta mengekang jenayah rentas sempadan.

Beliau turut berhasrat meneruskan legasi kecemerlangan, pembangunan dan kebajikan warga polis yang dilaksanakan Muhammad sepanjang mengetuai kontinjen negeri.

Related Posts

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

LIMBANG – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) disaran terus memperkukuh peranan sebagai platform memperkasa wanita dalam pelbagai bidang. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, PPWS perlu memberi penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sedia ‘call gateway’ bantu scam luar negara tumpas, tiga lelaki ditahan

IPOH – Tiga lelaki tempatan ditahan selepas polis membongkar sindiket yang dipercayai menyediakan rangkaian komunikasi sebagai ‘call gateway’ bagi membantu kegiatan penipuan dalam talian yang dipercayai dikendalikan dari luar negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony