Sultan Selangor seru umat Islam hayati konsep ihsan terhadap makhluk Allah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru seluruh rakyat, khususnya umat Islam supaya menghayati dan memahami intipati Khutbah Jumaat bertajuk ‘Ihsan Terhadap Makhluk Allah SWT’ yang disampaikan di masjid-masjid di negeri itu, pada Jumaat.

Baginda bertitah, manusia sebagai khalifah di muka bumi memikul amanah besar untuk menjaga, memelihara dan mengurus alam dengan penuh tanggungjawab.

Menurut baginda, amanah itu merangkumi seluruh ciptaan Allah SWT termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, lautan dan sungai yang menjadi tanda kebesaran serta kekuasaan-Nya.

“Hubungan manusia dengan makhluk yang lain perlulah sentiasa dibina atas dasar ihsan dan tanggungjawab,” titah baginda seperti dikongsi di Facebook malam tadi.

Baginda turut mengingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW amat menitikberatkan sifat belas kasihan terhadap haiwan, termasuk melalui ajaran bahawa setiap kebaikan yang dilakukan terhadap makhluk bernyawa mempunyai ganjaran pahala.

Justeru, Sultan Sharafuddin bertitah Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik kepada haiwan dengan memberikan makanan dan minuman serta tidak menzalimi mana-mana makhluk ciptaan Allah SWT.

Bagaimanapun, baginda menjelaskan keadaan berbeza sekiranya haiwan liar boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan awam atau menyebabkan kerosakan harta benda.

Dalam keadaan sedemikian, Islam membenarkan tindakan diambil bagi mengelakkan kemudaratan, selaras dengan prinsip maqasid syariah yang antaranya bertujuan menjaga nyawa dan harta.

Baginda menegaskan, sikap ihsan terhadap haiwan dan usaha menjaga keselamatan manusia bukanlah dua perkara yang bertentangan, sebaliknya kedua-duanya mencerminkan keindahan ajaran Islam yang meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya.

Related Posts

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

AYER KEROH – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menjadi wadah perjuangan yang merangkul semua generasi, termasuk anak muda dan veteran parti dalam memperkukuh agenda reformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

LAHAD DATU – Operasi Bersepadu MARDOF Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan daripada 211 vesel yang diperiksa di perairan Lahad Datu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar