Empat kilang proses makanan diarah tutup, gagal patuhi tahap kebersihan ditetapkan

TAWAU – Empat kilang memproses makanan di daerah ini diarah tutup serta-merta berikutan tahap kebersihan yang tidak memuaskan selepas dikesan menerusi operasi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, pada Khamis.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr Shameer Khan Sulaiman berkata, kesemua kilang itu diarah tutup selama 14 hari kerana melanggar Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Dalam operasi sejak dua hari lepas, lebih 14 kompaun kita keluarkan, empat daripada 16 kilang diperiksa kita arah tutup kerana tidak memiliki Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), tahap kebersihan sangat rendah, ada najis tikus dan makhluk perosak serta cara memproses makanan tidak ikut prosedur.

“Kita juga ada membuat sitaan 3,000 kilogram (kg) mi dan barangan hasil bakeri,” katanya kepada media dalam Operasi PJKM, pada Khamis.

Menurut Dr Shameer, pihaknya mempunyai pasukan pemantau bagi memastikan pemilik premis mematuhi arahan itu sehingga mendapat kebenaran beroperasi semula.

“Kilang yang diperiksa dan arah tutup ini beroperasi 15 hingga 20 tahun. Mereka seharusnya lebih arif dalam prosedur penyediaan makanan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kita ambil tindakan ini bagi memastikan tahap kebersihan dan jaminan keselamatan makanan pada masyarakat Tawau terjamin selain pembekal serta pengilang sentiasa patuh arahan di bawah Akta Makanan,” tegasnya.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian