LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong Thien Ming berkata, setiap pengundi berhak memilih wakil yang diyakini mampu memperjuangkan kepentingan masyarakat setempat.

Katanya, LDP-GRS telah berkhidmat kepada rakyat Sandakan selama beberapa dekad.

“Kami tidak pernah meninggalkan Sandakan, malah terus berada di lapangan dan melaksanakan kerja akar umbi.

“Jika diberi peluang bertanding di Parlimen Sandakan, kami bersedia berusaha memulihkan ekonomi tempatan, meningkatkan perkhidmatan kesihatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Bersama LDP Sandakan, di pejabat parti di Bandar Melrose, di sini, pada Ahad.

Kira-kira 150 ahli daripada Bahagian Tanjong Papat, Elopura, Sekong dan Sungai (Sg) Sibuga menghadiri mesyuarat berkenaan.

Menurut Chong, LDP-GRS bersedia dinilai berdasarkan idea, calon, komitmen dan keupayaan untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Sekong, Liow Ket Hiung berkata, Sandakan memerlukan kepimpinan tempatan yang kukuh bagi menaqngani isu asas yang masih berlarutan, khususnya bekalan air, elektrik dan keadaan jalan raya.

Katanya, LDP-GRS bersedia dan berkeupayaan untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan sekiranya diberi peluang.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sungai Sibuga, Lam Jin Dak merakamkan penghargaan kepada Presiden LDP kerana memberi peluang kepadanya berkhidmat kepada masyarakat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Beliau berjanji akan terus membantu menangani aduan serta isu yang dihadapi penduduk setempat.

MAT bersama itu turut dihadiri Presiden LDP, Datuk Chin Shu Phin selaku tetamu kehormat; Naib Presiden LDP, Sim Fui selaku penceramah persidangan; Setiausaha Agung yang juga YB dilantik, Datuk Chin Shu Yin serta barisan kepimpinan parti.

LDP pernah memenangi kerusi Parlimen Sandakan sebanyak tiga kali, sekali gus membuktikan parti ini pernah mendapat kepercayaan pengundi di kawasan berkenaan.

Antara yang pernah menyandang kerusi di kawasan berkenaan ialah Tan Sri Lau Ngan Siew atas tiket Barisan Nasional (BN-LDP) pada 1915 dan 1999 serta Datuk Liew Vui Keong (BN-LDP) pada tahun 2008.

Related Posts

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

SHAH ALAM – Sebanyak 300 hidangan percuma disediakan kepada orang ramai menerusi Program Makan Percuma Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2026 Siri 2, esok. MBSA menyatakan, program berkenaan akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta