Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

SEMPORNA – Seorang pekerja resort yang cedera selepas terjatuh di Pulau Tubing, dekat sini, hari ini dipindahkan melalui operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, warga China itu disyaki mengalami patah tulang dan perlu dibawa ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

“Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan sebelum menyalurkannya kepada Zon Maritim Semporna untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, Zon Maritim Semporna menggerakkan aset bagi memindahkan mangsa dari pulau berkenaan dengan operasi dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan ditetapkan.

“Tindakan pantas mengendalikan kecemasan perubatan di kawasan pulau dan perairan adalah sebahagian daripada komitmen agensi untuk menjaga keselamatan serta kebajikan komuniti maritim,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Mohd Khairulanuar, agensi berkenaan sentiasa bersedia menggerakkan aset dan anggota bagi memberikan bantuan kecemasan kepada mana-mana individu yang memerlukan, khususnya di kawasan pulau dan perairan yang berdepan cabaran akses kepada kemudahan perubatan.

“Kerjasama serta penyampaian maklumat yang pantas daripada pihak berkaitan amat penting bagi memastikan tindakan segera dapat diambil, sekali gus membolehkan mangsa memperoleh rawatan tanpa kelewatan.

“Keselamatan nyawa sentiasa menjadi keutamaan Maritim Malaysia, kesiapsiagaan aset dan anggota akan terus dipastikan berada pada tahap terbaik bagi melaksanakan tugas penguatkuasaan, mencari dan menyelamat serta menyalurkan bantuan kecemasan di perairan negara,” tegasnya.

Related Posts

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi