Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

AYER KEROH – Tempoh cuti Nurul Izzah Anwar daripada tugas sebagai Timbalan Presiden PKR tidak ditetapkan had masa, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata parti tidak menetapkan tempoh tertentu untuk Nurul Izzah kembali menjalankan tugas kerana keputusan bercuti itu dibuat bagi membolehkannya meneruskan pengajian.

“Insya-Allah, beliau akan meneruskan tugas apabila sudah bersedia,” katanya pada sidang media selepas perasmian bersama Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Fuziah berkata Nurul Izzah hanya akan memulakan cutinya selepas menyelesaikan tanggungjawab sepanjang kongres berkenaan.

“Beliau akan menyelesaikan tugas sewaktu kongres, termasuk perasmian AMK dan Wanita, kemudian dalam kongres, penggulungan dan sebagainya.

“Selepas itu baharu Timbalan Presiden akan bercuti,” katanya.

Nurul Izzah tiba di MITC kira-kira 8.30 pagi dan menyampaikan amanat kepada perwakilan selama hampir 30 minit.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak menemui media selepas selesai menyampaikan ucapan perasmian sebelum meninggalkan lokasi kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum ini, Nurul Izzah memohon untuk mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Presiden PKR selepas membuat pertimbangan panjang bagi membolehkannya meneruskan pengajian lanjutan berteraskan khidmat dan bakti.

Beliau bagaimanapun menegaskan keputusan itu tidak mengubah pendiriannya untuk kekal sebagai anggota PKR serta terus menyokong perjuangan parti ke arah Malaysia yang lebih baik di bawah pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama kepimpinan dan akar umbi parti.

Related Posts

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

PAS sepatutnya mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu bagi mengelakkan kemelut dalaman berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mafia korporat helah Rafizi ‘kaburi mata’ rakyat isu khalwat Nik Nazmi

PUTRAJAYA – Isu mafia korporat yang dibangkitkan pengasas parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat hanya helah semata-mata bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada kontroversi membabitkan sekutunya, Nik Nazmi Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi