Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie berkata suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok yang diketuai Inspektor Henry Anak Muji di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kabong, semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 12 Ogos apabila pengadu, Muhammad Nor Daud, 32, dimaklumkan pekerjanya bahawa tujuh batang kayu engkabang berukuran 2×5 inci dan panjang kira-kira 12 kaki yang diletakkan di tepi jalan Kampung Hilir Kabong telah hilang.

“Kerugian dianggarkan kira-kira RM210 dan susulan maklumat diterima, polis berjaya mengesan serta menahan suspek pada 13 Ogos.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku mengambil tujuh batang kayu berkenaan menggunakan motosikal jenis Ego berwarna merah jambu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mathew berkata suspek mengaku mengangkut kayu berkenaan sebanyak dua kali, iaitu empat batang pada perjalanan pertama dan tiga batang pada perjalanan kedua sebelum membawanya ke rumah dan menyimpannya di bawah rumah.

Menurutnya, suspek turut mengaku melakukan perbuatan itu seorang diri dan baru dibebaskan dari penjara pada Mei lalu selepas menjalani hukuman atas kesalahan mencuri kayu pada 2025.

“Suspek tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai mencuri kayu berkenaan untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing suspek mendapati positif amphetamine (AMP) dan methamphetamine (METH).

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau, termasuk tiga kes berkaitan mencuri dan satu kes berkaitan kesalahan dadah, yang kesemuanya telah dijatuhi hukuman,” katanya.

Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Ego berwarna merah jambu, sebatang kayu berukuran kira-kira 12 kaki serta sehelai baju berwarna merah jambu untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Related Posts

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merekodkan penurunan panggilan kebakaran terbuka, namun operasi pemadaman hutan berskala besar kini tertumpu di tiga lokasi utama termasuk di Limbang. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion