Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

KUANTAN – PKR digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerima bakul makanan daripada Cabang Indera Mahkota telah didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada PKR, Chan Chun Kuang berkata, perkara itu dipandang serius dan tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prinsip atau tatacara yang ditetapkan bagi memastikan segala tuduhan dapat diperjelaskan.

“Kita perlu memastikan bahawa bantuan kepada rakyat kekal sebagai tanggungjawab dan amanah, bukannya dijadikan alat politik.

“Pada masa yang sama, nama baik serta integriti parti hendaklah sentiasa dipelihara.

“Bantuan adalah hak mereka yang memerlukan. Keahlian parti pula mestilah lahir daripada keyakinan dan kesedaran, bukan kerana habuan,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Terdahulu, tular dakwaan seorang penerima kotak bantuan dari Perkampungan Cenderawasih, dekat sini, yang merasakan tertipu selepas didaftarkan sebagai ahli parti politik tanpa disedari.

Individu itu mendakwa perkara tersebut berlaku ketika mengambil bantuan dalam program anjuran Pusat Komuniti MADANI Parlimen Indera Mahkota pada Ahad lalu, di mana kad pengenalannya diambil gambar oleh petugas dengan alasan kononnya untuk tujuan rekod semata-mata.

Mengulas lanjut, Chun Kuang menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dijadikan medium untuk mendapatkan keahlian atau sokongan politik.

“Sepanjang saya menjalankan amanah sebagai ADUN, prinsip saya jelas bahawa setiap bantuan hendaklah diberikan berdasarkan keperluan dan keadaan penerima, tanpa mengira latar belakang, kaum, agama mahupun kecenderungan politik.

“Penyertaan dalam parti politik seharusnya lahir daripada keyakinan terhadap idealisme, prinsip dan wawasan yang diperjuangkan, bukannya dipancing melalui bantuan kewangan, barangan atau apa-apa bentuk habuan,” jelasnya.

Related Posts

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Subang yang kini kosong susulan peletakan jawatan Wong Chen tidak akan diisi menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan malam tadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

AMANAH berpandangan Pas keliru semasa membicarakan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terkait dakwaan dibuat pemimpin veteran itu mengulas mengenai DAP serta PH. Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan