Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat RAHMAH.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES.

Beliau berkata, pemberian data percuma itu terbuka kepada pengguna perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam kalangan warga Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan.

“Sebanyak 5GB data percuma akan diberikan pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026, manakala 5GB lagi pada Hari Malaysia, 16 September 2026.

“Kaedah dan tempoh penebusan data internet percuma ini akan diperincikan oleh syarikat telekomunikasi, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan HKHM 2026 di sini hari ini.

Fahmi berkata, soalan lazim (FAQ) berkaitan inisiatif berkenaan akan turut dimuat naik di laman sesawang Kementerian Komunikasi dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, nilai keseluruhan tajaan HKHM 2026 yang disahkan Jawatankuasa Penajaan Kementerian Komunikasi setakat ini mencecah RM48.63 juta.

Daripada jumlah itu, RM2.7 juta adalah sumbangan dalam bentuk wang tunai, manakala RM45.93 juta lagi berupa barangan dan perkhidmatan.

“Jumlah ini merekodkan peningkatan amat memberangsangkan, iaitu lebih 118 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM22.3 juta,” katanya.

Menurut Fahmi, daripada keseluruhan nilai tajaan berkenaan, 50 peratus adalah dalam bentuk promosi, 30 peratus barangan untuk diberikan kepada pengunjung dan baki 20 peratus merupakan tajaan kepada jawatankuasa yang terbabit dalam penganjuran HKHM 2026.

Related Posts

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

KUALA LUMPUR – Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kekal diteruskan dengan hanya menyerap elemen positif Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengelakkan kesan bertindih serta berganda dalam sistem percukaian negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tambang ECRL ditetapkan mampu milik, tiket dijangka dijual November

KUALA LUMPUR – Kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan diumumkan bulan ini bakal ditetapkan pada kadar mampu milik bagi memastikan perkhidmatan berkenaan dapat dinikmati pengguna. Ketua Pegawai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000