Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

ARAU – Pas dan UMNO Perlis mula berbalas serangan susulan pendirian parti itu untuk bergerak solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Perang kenyataan itu bermula selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd. Rahman menegaskan parti itu tidak mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk Perikatan Nasional (PN).

Malah, UMNO Perlis menetapkan gerak kerja menghadapi PRU16 dilaksanakan di kesemua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen di negeri ini.

Pendirian itu kemudian mendapat reaksi bekas Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang menyindir UMNO dengan mendakwa Pas memikirkan soal perpaduan ummah secara lebih jauh berbanding parti berkenaan.

Mohd. Shukri turut menyindir bahawa jika UMNO hanya melihat soal bergerak solo, Pas pula melihat kepentingan perpaduan ummah dalam kerangka lebih besar.

Terbaharu, Rozabil membalas sindiran tersebut dengan meminta Pas menghormati pendirian UMNO Perlis selain mengingatkan parti itu mengenai sejarah Muafakat Nasional (MN).

“Jika sebut pasal perpaduan ummah, kita sudah bentuk MN tetapi yang keluarnya adalah Pas. Sekarang hendak sebut semula soal perpaduan ummah, jadi tunggu sahajalah masa yang sesuai.

“Dulu bila UMNO nak buat (MN) kamu lari. Sekarang, bila kita sebut hendak bergerak solo, kamu hendak buat perpaduan ummah,” katanya.

Rozabil yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, Pas juga pernah mengambil ketetapan bergerak solo di Johor meskipun UMNO ketika itu cuba untuk bekerjasama dengan parti berkenaan.

“Kami pun mahu respon, semasa di Johor, kita pun cuba hendak bersama dengan Pas tetapi mereka juga mengambil ketetapan untuk bergerak solo.

“Jadi ini bergantung kepada parti masing-masing, bukan hanya UMNO sahaja dan terpulang kepada mana-mana negeri yang hendak menyuarakan hasrat untuk bertanding secara solo,” katanya.

Menurut Rozabil, semangat ahli UMNO di setiap DUN dan Parlimen ketika ini cukup kuat untuk kembali memasuki gelanggang pilihan raya dan memenangi semula kerusi di Perlis.

Katanya, soal kerjasama politik boleh dibincangkan apabila tiba masa sesuai, namun buat masa ini UMNO Perlis akan meneruskan gerak kerja di kesemua 15 DUN dan tiga Parlimen di negeri ini.

Related Posts

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

BANGI – Gerakan Islam tidak seharusnya hanya bergantung kepada semangat, emosi dan sentimen, sebaliknya perlu diperkukuh dengan ilmu, akhlak serta idealisme perjuangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid