Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ.

Ketua Cabang PKR Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, tiga projek IKR itu adalah kerja naik taraf jalan ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Permatang Lawang.

Selain itu, katanya, projek naik taraf Pusat Pengumpulan Hasil Ladang TKPM dan baik pulih dan naik taraf sistem perparitan di sekitar Jalan Permatang Lawang 3.

“Projek tersebut sangat penting bagi meningkatkan kecekapan rantaian bekalan hasil pertanian serta memastikan kemudahan infrastruktur asas di kawasan itu dapat berfungsi dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kebun warga petani di Sungai Soi dan Kampung Pahang, dekat sini, petang semalam.

Lawatan itu bertujuan mendengar secara langsung cabaran serta permasalahan dihadapi petani di kawasan berkenaan.

Menurut Fakhrul Anuar, satu sesi perjumpaan bersama anak-anak muda kampung berkaitan peluang dalam bidang pertanian akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat PKR Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur akan diadakan pada Rabu ini.

“Program ini diharap dapat membuka ruang kepada anak muda untuk menceburi sektor pertanian moden dan agropreneur sebagai sumber pendapatan baharu,” katanya.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah