Pengguna MyJPJ kecewa sukar daftar MyDigital ID

PUTRAJAYA – Ramai pengguna aplikasi MyJPJ kecewa kerana sukar mengisi butiran mereka dalam akaun MyDigital ID.

Kekecewaan dilahirkan menerusi hantaran di media sosial termasuk di platform X itu semakin memuncak selepas pengguna diwajibkan mempunyai akaun MyDigital ID bagi tujuan log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ mulai 10 Oktober ini.

Pengguna X, @tangerineem1 berkata, dia sudah mencuba membuat pendaftaran akaun MyDigital ID, namun gagal melakukannya.

“Pendaftaran MyDigital ID ini menyakitkan hati betul la. Banyak kali cuba (tapi) tak dapat,” katanya dalam hantaran hari ini.

“Sudahlah… saya putus asa dengan aplikasi MyDigital tu,” kata @afiqaazizi.

“Aku rasa macam nak bagi semua link isu pasal MyDigital ID ni dekat seseorang… geram ye,” kata seorang lagi pengguna @SakiHanajima_ .

Kemas kini terbaharu aplikasi MyJPJ semalam memaparkan notis kepada pengguna untuk mendaftar akaun MyDigital ID sebelum 10 Oktober.

Kenyataan itu menulis ‘Log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024. Sila laksanakan pendaftaran di aplikasi MyDigital ID dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan log masuk’.

Related Posts

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan FELDA menyelesaikan isu berkaitan peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah. Perdana Menteri berkata, badan kemajuan itu perlu berusaha menyelesaikan setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

MARAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Bhd berjumlah RM126.9 juta. Ahmad Zahid berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka