RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok.

Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang disiarkan di portal Parlimen, persidangan khas itu akan berlangsung selama sehari bermula 10 pagi.

Persidangan turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube Parlimen Malaysia serta saluran media rasmi.

Mesyuarat khas dijadual dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berhubung laporan RCI berkenaan, sebelum diteruskan dengan sesi pertanyaan dan perbahasan Ahli Parlimen.

Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung Zulkifli bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil sebelum ini berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bersetuju supaya persidangan khas berkenaan diadakan tanpa waktu rehat bagi memberi ruang secukupnya kepada Ahli Parlimen membahaskan laporan RCI TH.

Menurut Fahmi, sekurang-kurangnya 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan itu.

Laporan RCI setebal 211 halaman yang diterbitkan pada 29 Julai lalu mendedahkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Antara dapatan utama ialah kelemahan tadbir urus termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.

RCI turut mendapati TH sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti dilaporkan, sekiranya Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) digunakan sepenuhnya.

Laporan itu turut mengenal pasti transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat, selain mencadangkan audit forensik dijalankan serta tindakan tegas diambil terhadap laporan polis dan aduan berkaitan pengurusan serta operasi TH dalam tempoh berkenaan.

Pada Sabtu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan sehingga ‘lubang cacing’ bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya dan perkara sama tidak berulang.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah