KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-79 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menerusi ucapan yang dikongsikan, Shamsul Azri mendoakan agar Anwar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan dalam meneruskan kepimpinan negara.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT terus merahmati dan mempermudah segala urusan serta amanah kepimpinan yang dipikul Perdana Menteri.

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan untuk terus memimpin negara.

“Semoga Allah SWT terus merahmati dan mempermudah setiap urusan serta amanah kepimpinan YAB Datuk Seri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan beliau bersama seluruh warga perkhidmatan awam akan terus mendukung aspirasi Perdana Menteri dalam melaksanakan agenda reformasi perkhidmatan awam.

Katanya, komitmen itu penting bagi memastikan perkhidmatan awam terus cekap dan berkesan demi kepentingan rakyat serta kesejahteraan negara.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok. Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16