MUIP latih pendakwah Orang Asli guna AI dalam berdakwah

KUANTAN – Seramai 11 pendakwah Orang Asli antara 38 peserta mengikuti bengkel penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkasa tugasan mereka berdakwah.

Bengkel tiga hari anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu turut disertai pegawai dakwah MUIP dengan fokus utama melatih peserta menghasilkan bahan dakwah kreatif menggunakan AI.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Baitulmal) MUIP, Datuk Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, penggunaan AI dalam dakwah kini semakin penting bagi memastikan mesej Islam disampaikan mengikut perkembangan teknologi dan corak penerimaan masyarakat semasa.

“Zaman ini adalah zaman AI dan dakwah perlu selari dengan peredaran teknologi. Jadi kita adakan bengkel tiga hari bagi mendedahkan kepada pendakwah bagaimana menggunakan AI untuk menghasilkan video pendek yang dapat membantu usaha dakwah mereka.

“Teknologi ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan komik ringkas yang boleh dijadikan bahan dakwah di perkampungan masyarakat Orang Asli atau untuk apa-apa tujuan dakwah,” katanya selepas majlis penutup kursus itu, hari ini.

Menurutnya, sebahagian peserta sebenarnya sudah mempunyai asas menghasilkan kandungan digital, namun kurang mendapat bimbingan khusus berkaitan AI.

“Dengan adanya guru yang membimbing, insya-Allah mereka akan lebih yakin dan berdaya saing untuk menghasilkan video-video menarik bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di Pahang, khususnya masyarakat Orang Asli.

“Kita harap bengkel ini memberi manfaat dan peserta dapat terus mengamalkan kemahiran yang dipelajari selepas kembali ke komuniti masing-masing,” ujarnya.

Asmadi menambah, MUIP akan menilai maklum balas peserta bagi melihat kemungkinan penganjuran program susulan berkaitan AI pada masa hadapan.

Langkah itu penting bagi memastikan pendakwah Orang Asli bukan sahaja menguasai kaedah dakwah konvensional, malah mampu memanfaatkan teknologi digital untuk memperluas jangkauan penyampaian dakwah.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah