Penantian 40 tahun berakhir, 120 keluarga miliki geran tanah

TANJUNG MALIM – Penantian lebih empat dekad bagi 120 keluarga setinggan di Sungkai dan Kuala Bikam, di sini untuk memiliki tanah sendiri berakhir dengan kenangan manis apabila mereka menerima geran tanah masing-masing, pada Sabtu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penyelesaian isu penempatan yang berlarutan lebih 40 tahun itu membuktikan Kerajaan MADANI komited memastikan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan status sosial.

“Masalah setinggan yang berlarutan lebih 40 tahun kini akhirnya dapat diselesaikan. Sebanyak 120 keluarga menerima geran tanah yang menjadi simbol masa depan yang lebih terjamin untuk mereka dan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan geran tanah kepada penerima pada Jamuan Makan Malam anjuran DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai yang dihadiri lebih 1,200 tetamu daripada pelbagai kaum, pada Sabtu.

Menurut Nga, kejayaan menyelesaikan isu berkenaan turut hasil kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Datuk A. Sivanesan bersama penjawat awam yang bekerja keras memastikan masalah berkenaan dapat direalisasikan penyelesaiannya.

Dalam pada itu, beliau berkata komitmen Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India turut diterjemahkan menerusi pelbagai inisiatif, antaranya peruntukan RM20 juta bagi perkampungan India, RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta peningkatan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kepada RM150 juta.

Katanya, langkah berkenaan membuktikan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berusaha membina Malaysia yang inklusif, adil dan saksama dengan memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan.

“Jangan kita benarkan prestasi kalah kepada persepsi. Negara kita memerlukan politik baharu yang membina, bukannya politik usang yang membinasakan.

“Politik masa depan mestilah berteraskan kepada perpaduan, prestasi berkhidmat, pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat