Hari Kebangsaan 2026: Pengangkutan awam beroperasi 24 jam

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam selama 24 jam bermula malam 30 Ogos hingga 31 Ogos sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kemudahan itu disediakan bagi memudahkan orang ramai hadir ke Putrajaya untuk menyertai pelbagai program sambutan, selain melancarkan perjalanan pulang selepas acara selesai.

“Prasarana sudah komited menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam 24 jam bersempena Hari Kebangsaan 2026.

“Kita berharap ini bukan sahaja dapat membantu lebih ramai orang datang ke Putrajaya, malah memudahkan perjalanan pulang selepas program selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@Petronas di Petronas NPE Pantai Dalam, di sini.

Fahmi berkata langkah itu turut mengambil kira permintaan berterusan orang ramai supaya kemudahan perhubungan ke Putrajaya dipertingkatkan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan.

Mengulas sambutan Hari Malaysia pula, beliau mengesahkan acara berkenaan akan berlangsung di Pusat Kebudayaan Borneo, Kuching, Sarawak.

Menurutnya, lokasi tersebut mempunyai skala yang sesuai untuk penganjuran sambutan berkenaan, setanding dengan Pusat Konvensyen PICCA Pulau Pinang yang menjadi lokasi sambutan tahun lalu.

Katanya, mesyuarat perancangan seterusnya dijadualkan pada 24 Ogos ini, manakala persiapan kini berjalan lancar selepas mesyuarat jawatankuasa peringkat awal diadakan minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata pengedaran Jalur Gemilang tahun ini menggunakan reka bentuk berasaskan magnet yang ditambah baik supaya lebih mudah dipasang dan ditanggalkan pada kenderaan.

Beliau berkata pendekatan itu mengambil kira maklum balas pengguna sebelum ini yang lebih menggemari penggunaan magnet berbanding pelekat kekal pada kenderaan.

Fahmi turut menggesa Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen radio dan penyiar televisyen memainkan lagu tema rasmi bulan kebangsaan, ‘Aku Berjanji’ nyanyian Faizal Tahir, dengan lebih kerap bagi menyemarakkan semangat patriotisme.

Related Posts

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) pada 11 Ogos ini ditangguhkan ke tarikh yang lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

SUNGGUH melucukan apabila bulan dan bintang pada Jalur Gemilang di Dataran Batu Buruk, Terengganu, tiba-tiba ‘menghilang’ dan alasan yang diberikan ialah masalah teknikal serta tiupan angin yang kuat. Begitulah penjelasannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat