Dadah bolos di KLIA, kerajaan pertimbang guna teknologi baharu

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI bersedia untuk mempertimbang teknologi baharu sistem pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memperkukuh pengesanan barangan kontraban susulan insiden penyeludupan yang berlaku baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan itu dibuat selepas didapati fokus pemeriksaan ketika ini lebih tertumpu kepada ancaman keselamatan seperti senjata api, bahan letupan dan senjata tajam berbanding pengesanan kontraban.

Menurut beliau, insiden yang berlaku baru-baru ini melibatkan kontraban dan bukan berpunca daripada kekurangan keupayaan mesin pengimbas.

“Kami telah diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan mesin pengimbas yang digunakan mempunyai keupayaan untuk mengesan semua perkara tersebut.

“Namun dari sudut skop pemeriksaan, tumpuan lebih diberikan kepada elemen persenjataan,” katanya ketika ditemui media ada majlis pelepasan Konvoi Jelajah Star City FC, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pemeriksaan bagasi di KLIA ketika ini dikendalikan oleh Aviation Security (AVSEC) dan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengikut piawaian ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Beliau menegaskan, fokus utama pemeriksaan selama ini lebih tertumpu kepada ancaman keselamatan seperti senjata api, bahan letupan dan senjata tajam berbanding pengesanan barangan kontraban.

“Daripada taklimat yang diberikan kepada saya, mesin pengimbas sedia ada mempunyai keupayaan tinggi untuk mengesan pelbagai objek.

“Isunya bukan pada kemampuan mesin tetapi skop dan keutamaan pemeriksaan yang lebih menumpukan elemen persenjataan. Oleh itu, aspek pengesanan kontraban akan turut diteliti dalam pelan penambahbaikan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan, kerajaan tidak akan berpuas hati dengan sistem sedia ada dan akan meneliti penggunaan teknologi baharu yang lebih canggih sekiranya diperlukan.

Katanya, insiden berkenaan perlu ditangani secara serius kerana melibatkan imej negara, keselamatan sempadan serta keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap sistem keselamatan lapangan terbang Malaysia.

“Kita akan melihat secara menyeluruh di mana punca kelemahan berlaku dan bagaimana langkah segera boleh diambil untuk menanganinya,” katanya.

Related Posts

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

BEAUFORT – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) tampil dengan pendekatan baharu menerusi aktiviti berjalan kaki pada program Langkah Jiwa Merdeka bagi mendekati masyarakat dan menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

PUTRAJAYA – Kelemahan pengurusan Tabung Haji (TH) antara 2014 hingga 2017 menerusi pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mencetuskan persoalan besar mengenai sejauh mana amanah terhadap kepentingan masyarakat Melayu-Islam benar-benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

UMS bawa kepakaran ‘Awake Craniotomy’ ke Pantai Timur Sabah

UMS bawa kepakaran ‘Awake Craniotomy’ ke Pantai Timur Sabah

Pakatan Harapan Pulau Pinang kekalkan barisan Exco BN

Pakatan Harapan Pulau Pinang kekalkan barisan Exco BN