Kembalikan Ahli Parlimen kepada fungsi sebenar

Oleh: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

ULASAN | Pandangan saya mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen yang tular sekarang.

Bagi saya satu perkara yang wajar dikritik dalam sistem politik kita ialah penghakisan sempadan antara peranan Ahli Parlimen dengan peranan pentadbiran awam.

Ahli Parlimen sepatutnya memberi tumpuan kepada menggubal undang-undang, membahaskan dasar kerajaan, meluluskan peruntukan serta melaksanakan fungsi semak dan imbang.

Namun dalam realiti, mereka sering terpaksa menghabiskan banyak masa menguruskan masalah kebajikan pengundi seperti bantuan kewangan, rumah, pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan masalah infrastruktur.

Keadaan ini sebenarnya tidak sihat. Kebajikan rakyat ialah tanggungjawab kerajaan yang dilaksanakan melalui kementerian, jabatan dan agensi awam.

Penjawat awam mempunyai struktur, kepakaran, peruntukan dan mekanisme untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Jika setiap masalah rakyat perlu dibawa kepada Ahli Parlimen sebelum mendapat perhatian kerajaan, ia menunjukkan kelemahan dalam sistem penyampaian awam.

Sudah tentu Ahli Parlimen tidak boleh bersikap tidak peduli terhadap masalah rakyat.

Mereka perlu mendengar aduan, membawa isu tersebut ke Parlimen dan memastikan kementerian serta agensi berkaitan mengambil tindakan.

Tetapi peranannya sepatutnya memastikan sistem bekerja untuk rakyat, bukan mengambil alih tugas sistem tersebut.

Jika jalan rosak, jabatan yang bertanggungjawab perlu bertindak; jika bantuan tidak sampai, mekanisme kebajikan perlu diperbaiki.

Kita perlu mengembalikan Ahli Parlimen kepada peranan strategiknya sebagai penggubal dasar, pembentuk undang-undang dan pengawas kerajaan, bukan sekadar menjadi pusat aduan atau ‘pegawai kebajikan’ kawasan.

Demokrasi yang matang bukan apabila Ahli Parlimen mampu menyelesaikan semua masalah pengundi, tetapi apabila sistem pentadbiran mampu memberikan hak dan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mereka perlu bergantung kepada pengaruh seseorang Ahli Parlimen.

***Penulis adalah peguam dan sentiasa melontarkan isu semasa di media sosialnya

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah