JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya siasatan susulan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, titah Seri Paduka Baginda menekankan kepentingan memelihara amanah serta keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji dan kewangan Islam negara.

“Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa, penyelewengan atau kelemahan pengurusan yang boleh menjejaskan kepentingan pendeposit TH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setiap syor penguatkuasaan dan penambahbaikan yang dikemukakan dalam laporan RCI akan diteliti dengan sewajarnya bagi memastikan struktur tadbir urus TH diperkukuhkan ke tahap tertinggi.

Katanya, langkah berkenaan penting bukan sahaja untuk menegakkan keadilan dan akauntabiliti, malah memastikan sebarang kelemahan atau kesilapan terdahulu tidak berulang pada masa hadapan.

Zulkifli berkata, JPM (Hal Ehwal Agama) komited memastikan TH terus menjadi institusi pengurusan haji yang kukuh, berintegriti dan terus mendapat kepercayaan rakyat.

Semalam, Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berhubung Laporan RCI mengenai TH dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’.

Pada 29 Julai lalu, Laporan RCI mendedahkan beberapa dapatan penting berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dewan Rakyat dijadual mengadakan sidang khas pada 11 Ogos ini bagi membahaskan laporan berkenaan.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti