Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program tersebut memberi ruang kepada masyarakat meneliti cadangan pembangunan negeri dan mengemukakan pandangan, cadangan atau penambahbaikan kepada pihak berkuasa.

Katanya, setiap maklum balas yang diterima akan diteliti oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) serta pejabat daerah sebelum dipertimbangkan dalam penyediaan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Pahang 2040.

“Ini adalah satu program di mana kita minta rakyat Pahang, mereka boleh melibatkan diri dengan mengambil berat ataupun mengambil tahu apa yang kita buat di negeri Pahang ini.

“Dan sekiranya ada apa-apa pandangan, mereka boleh memberi pandangan dan kita akan kaji dan teliti pandangan mereka,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RSN Pahang 2040 (Kajian Semula) dan Majlis Penyerahan Laporan Pelan Indikatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung negeri Pahang di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Nazri Abu Bakar; Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datuk Dr Alias Rameli dan Pengarah PLANMalaysia Pahang, Datuk Nik Noraisu Nik Ibrahim.

Wan Rosdy turut merakamkan penghargaan kepada PLANMalaysia atas kerjasama serta penyediaan peruntukan bagi menjayakan program berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan RSN Pahang 2040 bersifat dinamik dan boleh disesuaikan mengikut keperluan pembangunan semasa.

Katanya, setakat ini terdapat 51 projek pembangunan strategik yang dikenal pasti di seluruh negeri membabitkan pelbagai sektor termasuk pengangkutan, logistik dan infrastruktur di mana jumlahnya berkemungkinan akan bertambah mengikut keperluan semasa.

“Dia bukan statik, tengoklah kepada keperluan. Bila ada keperluan kita akan mohon dengan Kerajaan Persekutuan. Ianya ‘endless process’. Ia tidak akan habis di situ sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, tempoh publisiti dan penyertaan awam Draf RSN Pahang 2040 (Kajian Semula) berlangsung selama sebulan bermula 3 Ogos hingga 2 September 2026 dan akan dilaksanakan secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai mengakses dokumen berkenaan serta mengemukakan pandangan, cadangan atau bantahan secara rasmi.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

KANGAR – Polis mengklasifikasikan semula siasatan melibatkan penemuan rangka manusia di Bohor Mali di sini sebagai kes bunuh selepas penemuan kedua beberapa tulang dipercayai milik manusia di lokasi sama semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh